batu 3

Sunday, April 25, 2010

hulu selangor

25 peratus sudah keluar mengundi sehingga 10 pagi2010/04/25HULU SELANGOR: Seramai 16,932 atau 25.25 peratus daripada 63,701 pengundi telah keluar mengundi pada pilihan raya kecil bagi kerusi Parlimen Hulu Selangor sehingga 10 pagi ini. Jurucakap Suruhanjaya Pilihan Raya berkata proses pengundian berjalan lancar sejak pusat-pusat mengundi dibuka 8 pagi dan ramai pemilih keluar awal berikutan keadaan cuaca yang baik.

Jumlah yang keluar mengundi dijangka meningkat selepas tengah hari memandangkan kebanyakan mereka adalah peneroka di beberapa tanah rancangan Felda dan pekebun kecil yang pergi ke kebun masing-masing pada sebelah pagi. Seramai 799 pengundi pos menunaikan kewajipan mereka pada Khamis dan Jumaat lalu pada pilihan raya kecil yang menyaksikan pertandingan di antara Ketua Penerangan MIC, P Kamalanathan, 44, dari Barisan Nasional (BN) dan bekas Ahli Parlimen Kota Baharu Datuk Zaid Ibrahim, 59, dari Parti Keadilan Rakyat. Proses membuang undi di semua 48 pusat akan tamat petang. Keputusan dijangka diketahui 9.30 malam. Sehingga kini pemantauan Bernama mendapati keadaan adalah terkawal sekalipun masih ada penyokong dan peraih undi daripada kedua-dua parti berusaha memikat pemilih yang datang membuang undi. Selain kedua-dua calon bertanding, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin turut kelihatan meluangkan waktu meninjau beberapa pusat membuang undi. Juga kelihatan berbuat demikian Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mustapa Mohamed dan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek. - Bernama
(BIRO ICT DAN BLOG)Menghadiri kursus membina dan menguruskan blog cawangan-cawangan umno bahagian sabak bernam yang diadakan di UMNO BAHAGIAN SABAK BERNAM pada hari ahad 25 april 2010.Tema,kearah komunikasi yang canggih dan berkesan.modul disediakan oleh BASORI B.HJ.ABDUL RAHMAN